Pages

Tuesday, August 10, 2010

Lawatan Muhibbah 2010



Pada 16 Julai 2010 kami warga Sk Nanga Semawang telah mengadakan satu lawatan muhibah ke Rumah Sambang, Sungai Pinang Pakan Sarawak. Sambutan yang diberikan amat meriah serta pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan penglibatan warga sekolah dan penduduk rumah panjang. Dengan adanya aktiviti seperti ini ianya mengeratkan lagi hubungan perpaduan diantara warga sekolah dan penduduk-penduduk rumah panjang.

SK NANGA SEMAWANG JUARA 5 KALI ZON DAYU

Tahniah dan syabas kepada Sk Nanga Semawang kerana sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraan sukan zon dayu buat kali ke-5 berturut-turut.

Friday, July 2, 2010

Majlis Perpisahan PKHEM Sk Nanga Semawang


Jumaat 2 Julai 2010 merupakan hari terakhir bagi cikgu Jarit Tadong PKHEM Sk Nanga Semawang berkhidmat di sekolah ini. Beliau yang telah bertugas selama 6 tahun 6 bulan di sekolah ini akhirnya berpindah ke SK Betong. Kehilangan beliau amat dirasai bagi warga Sk Nanga Semawang yang selama ini bersama beliau.

Sunday, May 23, 2010

Gambar Staf 2010


klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Saturday, May 22, 2010

Selamat Menyambut Hari Gawai 2010

Selamat Menyambut Hari Gawai " Gayu Guru Gerai Nyamai "

Sambutan Hari Guru dan Pra Gawai



Pada 20 Mei 2010 bersamaan hari Khamis telah diadakan Sambutan Hari Guru dan Pra Gawai bersempena Hari Guru dan perayaan gawai yang akan tiba tidak lama lagi. Acara sukaneka yang dijadualkan bermula awal pagi bermula agak lewat berikutan hujan yang turun namun semua acara dapat disudahkan tepat jam 12 tengahari. Acara sebelah petang adalah perlawanan bolasepak diantara ibubapa dan guru. Bermain di padang yang becak membuatkan para penonton yang menyaksikan perlawanan bolasepak ini terhibur dengan gelagat para pemain diatas padang. Pada sebelah malamnya pula majlis diteruskan dengan acara sambutan hari guru seperti nyanyian lagu, bacaan sajak, pertukaran hadiah antara staf, dan majlis ranyai oleh tuai-tuai rumah sempena kedatangan hari gawai.

Tuesday, May 11, 2010

Semawang Boleh !

Tahniah, syabas dan terima kasih semua jurulatih, guru sukan, Pkkk, semua kakitangan, pibg dan semua murid di atas segala kerjasama dan dedikasi dalam membuat persiapan / persediaan untuk sukan zon 2010 ini. Tiada apa yang mustahil jika kita benar-benar ingin melakukannya bersungguh-sungguh. Jika sebelum ini kita boleh menjadi juara zon empat tahun berturut-turut, tidak mustahil juga kita akan berjaya sekali lagi menjadi juara pada tahun ini bagi kali yang ke 5. Kerja berpasukan, semangat juang yang tinggi, kesungguhan, dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab, perancangan dan persediaan rapi serta berdisiplin tinggi membolehkan kita daripada sebuah sekolah / pasukan yang kerdil menjadi sebuah pasukan yang digeruni diperingkat zon kita. Semoga berjaya. Jangan menyerah kalah sebelum mencuba. Biar putih tulang, jangan putih mata. Agi Idup Agi Ngelaban. Biar luput jangan cabut. Semawang Boleh!!

-Yong Sung Wei
Guru Besar Sk Nanga Semawang

Sunday, May 9, 2010

Persiapan ke Sukan Zon Dayu 2010


kini kami dalam minggu-minggu terakhir sebelum kejohanan Sukan Zon Dayu. Segala persiapan baik dari segi latihan di padang dan persembahan pentas sedang giat dijalankan. Harapan kami agar temasya sukan zon dayu pada tahun ini akan sekali lagi memihak kepada kami sebagai juara keseluruhan untuk tahun kelima berturut-turut. Semoga berjaya para atlet.

Sekapur Sireh


-teks ucapan sedang dikemaskini